Ni pulak adalah kisah anak teruna tunggal dalam keluarga ni...Muhammad Hanif Umar. Lahir pada 27 Jun 2004. Ada peristiwa lucu sewaktu melahirkan anak teruna aku ni. Aku mula sakit nak melahirkan dia sejak waktu peteng tapi dah memang sikap aku sanggup bertahan walaupun sakit. Walaupun telah di paksa oleh suami untuk segera ke hospital tapi aku masih berkeras dengan alasan kalau pergi awal pun bukan tentu terus bersalin.
Waktu tu aku masih sempat pergi makan nasi goreng kampung dan minum teh tarik. Hanya selepas tengah malam baru aku mengajak suami menemankan aku ke hospital. Yang kelakarnya sewaktu nak ke hospital aku menyuruh suami membawa motor sahaja. Waktu itu jam menunjukkan 1.20 pagi.
Jarak di antara rumahku dan hospital agak jauh, aku tak memperdulikan semua itu. Aku tiba di hospital jam 2 pagi. Aku mengarahkan suami meletakkan motosikal dan aku menyatakan aku masih mampu berjalan sendiri ke Wad Bersalin. Namun setibanya aku di wad bersalin aku merasakan sakit perut yang amat sangat. Aku memberitahu jururawat bertugas. Beliau telah memanggil doktor dan mengarahkan aku baring diatas katil apabila doktor memeriksa rupa-rupanya aku sudah hampir bersalin. dan aku selamat melahir bayi lelaki jam 2.15 pagi. Kini anak ku itu berusia 8 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan