Rabu, 29 Ogos 2012

Kisah Umar

Ni pulak adalah kisah anak teruna tunggal dalam keluarga ni...Muhammad Hanif Umar. Lahir pada 27 Jun 2004. Ada peristiwa lucu sewaktu melahirkan anak teruna aku ni. Aku mula sakit nak melahirkan dia sejak waktu peteng tapi dah memang sikap aku sanggup bertahan walaupun sakit. Walaupun telah di paksa oleh suami untuk segera ke hospital tapi aku masih berkeras dengan alasan kalau pergi awal pun bukan tentu terus bersalin.

Waktu tu aku masih sempat pergi makan nasi goreng kampung dan minum teh tarik. Hanya selepas tengah malam baru aku mengajak suami menemankan aku ke hospital. Yang kelakarnya sewaktu nak ke hospital aku menyuruh suami membawa motor sahaja. Waktu itu jam menunjukkan 1.20 pagi. 

Jarak di antara rumahku dan hospital agak jauh, aku tak memperdulikan semua itu. Aku tiba di hospital jam 2 pagi. Aku mengarahkan suami meletakkan motosikal dan aku menyatakan aku masih mampu berjalan sendiri ke Wad Bersalin. Namun setibanya aku di wad bersalin aku merasakan sakit perut yang amat sangat. Aku memberitahu jururawat bertugas. Beliau telah memanggil doktor dan mengarahkan aku baring diatas katil apabila doktor memeriksa rupa-rupanya aku sudah hampir bersalin. dan aku selamat melahir bayi lelaki jam 2.15 pagi. Kini anak ku itu berusia 8 tahun. 

Kisah Munirah

Ini kisah Pu3 sulung ku Nur Hani Munirah. Berusia 11 tahun di lahirkan pada 17 Februari 2001. Pu3 sulung ku ini agak pemalu orangnya. Kalau berhadapan dengan orang ramai. Tapi kalau dikalangan adik-adiknya dia lah "rimau" agaknya nak tunjuk kuasa sebagai anak sulung.


Bab posing memang hobi anak dara aku ni


Cerita Pagi Syawal 1433H

Berakhirnya Ramadhan tahun ni agak meninggalkan kesan. Sedih juga bila mengenangkan cepat benar Ramadhan meninggalkan kita. Rasa tak puas mengecapinya. Tahun ni sebagaimana tahun sebelumnya aku akan menyambut di kampung halaman ku di Lenggong Perak. Macam biasa kemeriahan terasa. Pagi-pagi lagi kami dah keluar ke masjid yang terletak tidak jauh dari rumah ibuku. Dengan berbaju raya warna maroon (tema tahun nih) masing-masing tak sabar nak menunaikan Solat sunat Aidilfitri. Aku sempat gak snap gambo dua orang puteri aku (Munirah & Umairah) sementara nak tunggu orang mulakan solat.

Ni plak gambar 4 beranak dengan baju Tema tahun ni. sempat laih pose depan umah Opah mereka

3 beradik yang agak teruja menyambut Aidilfitri
selesai sudah menziarahi kubur.. ni tengah plan nak menziarah sedara mara plak


 aku dan suami Muhammad Firdaus Andi Bin Abdullah 



 Opah dan cucu lelaki tunggalnya Muhammad Hanif Umar


 Seharian kami beraya, pusing satu kampung. Kepenatan... perut pun kenyang dengan juadah istimewa seperti lemang, rendang, ketupat.

Kisah Umairah


Aku mulakan dengan kisah puteri bongsuku yang namanya Nur Hanis Umairah Bt Muhammad Firdaus Andi. Puteri kecil yang dilahirkan pada 29 November 2008 memang semakin keletah. Adakala aku hampir hilang sabar dengan kerenahnya. Ada sahaja perkara yang dia lakukan setiap hari.

Namun aku bersyukur kerana semasa mengandungkan Umairah aku mengalami pelbagai komplikasi. Bahkan nyawanya hampir melayang gara-gara aku yang berlengah pergi ke hospital meskipun telah sakit selama 3 hari. Alhamdulillah aku berjaya melahirkannya melalui pembedahan. 

Kalau dahulu anak-anak yang terdahulu ibuku yang menjaga mereka kerana masalah yang tidak dapat dielakkan tapi kali ini aku bertekad untuk menjaga sendiri Umairah. Kini Umairah telah berusia hampir 4 tahun dengan mulutnya yang keletah adakala aku akan tersenyum sendirian. lihat sahaja aksi-aksi Umairah

Umairah begitu teruja nak pulang ke kampung bertemu Opah dan Akinya (Gambar dirakamkan dalam ETS)


 Tersenyum manis mengayakan jubah.

Ketika menghadiri Majlis Iftar anjuran PBSM 

Keluargaku


Assalamualaikum wbr
Bagaimana harus aku mulakan? Tu ler orang ber"blog" aku pun nak mencuba. Inilah pertama kali aku berblog setelah sekian lama mencuba. Kat sini aku nak perkenalkan serba sedikit tentang keluargaku. Inilah suamiku Muhammad Firdaus Andi dan juga 3 orang cahayamataku Munirah, Umar dan Umairah. Aku mengharapkan kebahagiaan kami berkekalan ke akhir hayat. Amin.

Bersama suami di LCCT sewaktu bercuti ke Kuching Sarawak....