Ahad, 2 September 2012

Teman Lama

Gembira sungguh rasa hati ini. Setelah sekian lama berpisah baru baru ini aku telah bertemu kembali dengan seorang teman lama. Maklumlah kali terakhir bertemu sekitar tahun 1999. Sedar tak sedar dah hampir 13 tahun. Kali terakhir tu masa majlis perkahwinan aku. Sekarang ni masing-masing anak yang sulung dah berusia 11 tahun. Mujur jugak tak jumpa waktu masing-masing nak dapat menantu. Bila dah lama tak jumpa macam-macam kisah lama  terkeluar. 

Yelah.....dulu -dulu time sekolah masing-masing dengan gelagat sendiri. Bila dikenangkan kelakar pun ada. Kini bila dah berumahtangga masing-masing dah semakin matang dan cuba menjadi isteri dan ibu terbaik dalam keluarga. Apa pun aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami sekeluarga. Minta maaf ler kalau menyusahkan. Terima kasih atas hidangan mee bandung dan juga jagung rebus. sedap...

Suami aku pun tak henti-henti memuji layanan baik yang di berikan oleh Roslaili dan suami. Begitu juga dengan anak bujang aku Umar yang nampaknya begitu serasi mendapat kawan baru.Sampai sanggup menyuruh aku dan suami tinggal berjiran dengan Ros dengan alasan senang nak main ada kawan. 

Sebagai sahabat aku amat berharap agar persahabatan yang telah kita semai sekian lama akan terus berkekalan ke akhir hayat. 

Umairah sibuk bermain dengan teman baru. 

Baru kenal sudah mesra 

Aku dan Roslaili Mahmud (teman rapat) sejak tahun 1988 hingga kini 

Tak sangka persahabatan kita dan berusia 24 tahun moga kekal ke akhir hayat 

Sorry lah Ros aku layan diri.. hehehe 



Sibuk memilih barang permainan...